Jabatan_Pertahanan_Amerika_Syarikat
Jabatan_Pertahanan_Amerika_Syarikat

Jabatan_Pertahanan_Amerika_Syarikat

Jabatan Pertahanan atau Department of Defense (DOD atau The Pentagon) merupakan sebuah jabatan persekutuan yang dipertanggungjawab untuk mengurus dan menyelia kesemua agensi dan fungsi kerajaan yang berkait rapat keselamatan negara dan Angkatan Tentera Amerika Syarikat. Organisasi dan fungsi Jabatan Pertahanan A.S ada diterangkan di dalam Perkara 10 di dalam Kod Amerika Syarikat.Jabatan Pertahanan A.S merupakan penyewa terbesar di Bangunan Pentagon berhampiran Washington, D.C.. Jabatan ini terdiri daripada tiga komponen utama iaitu — Jabatan Tentera Darat, Jabatan Tentera Laut, dan Jabatan Tentera Udara. Agensi-agensi Jabatan Pertahanan yang lain adalah Agensi Pertahanan Peluru Berpandu, Agensi Projek Penyelidikan Pertahanan Termaju, Agensi Pasukan Perlindungan Pentagon, Agensi Perisikan Pertahanan, Agensi Perisikan Geospatial Negara, dan Agensi Keselamatan Negara. Jabatan ini juga mengoperasikan beberapa sekolah-sekolah perkhidmatan bersama, termasuk Kolej Peperangan Negara.

Rujukan

WikiPedia: Jabatan_Pertahanan_Amerika_Syarikat http://www.federalgovernmentsales.com/dod.html http://www.prtm.com/strategicviewpointarticle.aspx... http://www.theblackvault.com/modules.php?name=core... http://thefederalregister.com/b.p/department/DEPAR... http://thefederalregister.com/rss/department/DEPAR... http://digital.library.unt.edu/govdocs/crs/search.... http://www.access.gpo.gov/uscode/title10/title10.h... http://www.gpoaccess.gov/usbudget/fy07/pdf/budget/... http://www.defenselink.mil/