Jabatan_Tenaga_Kerja_Semenanjung_Malaysia

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (Tulisan Jawi: جابتن تناڬ كرجا سمننجوڠ مليسيا; singkatan: JTKSM) telah ditubuhkan pada tahun 1912 dan merupakan salah sebuah daripada 12 buah Jabatan dan agensi yang terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia Malaysia.Sebelum tahun 1960-an, objektif Jabatan ialah ’menjaga kepentingan pekerja di sektor perladangan dan lombong’. Pada tahun 1970, Jabatan Buruh digabungkan dengan Jabatan Perhubungan Perusahaan. Gabungan ini memberi tumpuan kepada penyelesaian pertikaian yang membabitkan pekerja dan kesatuan.Beberapa perubahan kemudiannya dilakukan untuk memastikan tugasan dan tanggungjawab institusi perburuhan menjadi lebih licin. Antara perubahan itu termasuk pemisahan antara Jabatan Buruh dari Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) dan seterusnya menggariskan semula tanggungjawab serta fungsi. Jabatan Buruh dipertanggungjawabkan memelihara kebajikan, kepentingan para pekerja dalam mewujudkan keharmonian antara majikan dan pekerja.Pada February 2003, Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan di bawah Jabatan Tenaga Rakyat telah digabungkan dengan Jabatan Buruh Semenanjung Malaysia (JBSM) menjadi Jabatan Tenaga Kerja (JTK).Aktiviti penggabungan ini telah membawa perubahan besar kepada JBSM melibatkan pertambahan fungsi seperti pengumpulan maklumat perburuhan dan penempatan pencari-pencari pekerjaan di sektor swasta. [1]Ia termasuk

Jabatan_Tenaga_Kerja_Semenanjung_Malaysia

Eksekutif Kerajaan
  • Mohd Jeffrey Joakim, Ketua Pengarah
Agensi induk Kementerian Sumber Manusia Malaysia
Ibu pejabat Aras 5, Blok D3, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62530 Putrajaya
Dibentuk 1912; 108 tahun yang lalu (1912)
Tapak web jtksm.mohr.gov.my
Belanjawan tahunan MYR 68,651,200 (2018)
Kakitangan 1,189 (2018)
Jenis Kerajaan