Jabatan_Tenaga_Manusia

Jabatan Tenaga Manusia (Tulisan Jawi: جابتن تناڬ مأنسي; singkatan: JTM) merupakan salah satu dari jabatan yang terletak di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia. Pada awalnya, ia dikenali sebagai Jabatan Tenaga Rakyat (JTR) yang ditubuhkan pada tahun 1967. [1]Pada awal tahun 2000, fungsinya yang difokuskan kepada aktiviti program latihan kemahiran sahaja, dengan itu namanya ditukarkan kepada Jabatan Tenaga Manusia (JTM).Pada awal penubuhan JTR, ia berfungsi sebagai pusat melatih tenaga mahir untuk pasaran industri tempatan, mengumpul maklumat buruh, dan menempatkan pencari-pencari pekerjaan disektor swasta.Pada ketika ini Jabatan Tenaga Manusia telah dan akan melahirkan tenaga mahir negara dari peringkat sijil latihan hinggalah Diploma Lanjutan dalam pelbagai bidang kursus kemahiran. Oleh kerana dengan perubahan teknologi yang begitu pesat dan keperluan tenaga kerja mahir yang mendesak, maka Jabatan Tenaga Manusia telah menubuhkan beberapa institusi latihan diseluruh negara.Dari tahun penubuhannya sehingga kini, Ketua Pengarah - Ketua Pengarah yang menerajui jabatan JTR-JTM ini adalah:-