Jahangir
Jahangir

Jahangir

Nur-ud-din Salim Jahangir ( Hindi : नूरुद्दीन सलीम जहांगीर Parsi : نورالدین سلیم جهانگیر) (Nama lengkap: Al-Sultan al-'Azam wal Khaqan al-Mukarram, Khushru-i-Giti Panah, Abu'l-Fath Nur- ud-din Muhammad Jahangir Padshah Ghazi [Jannat-Makaani]) (20 September 1569 - 8 November 1627) adalah pemerintah Empayar Mughal dari 1605 hingga kematiannya. Nama Jahangir berasal dari istilah Parsi جہانگير, yang bermaksud "Penakluk Dunia". Nur-ud-din atau Nur al-Din adalah istilah Bahasa Arab yang bermaksud "Cahaya Iman" . Beliau lahir sebagai Putera Muhammad Salim, anak ketiga dan tertua yang masih hidup kepada Maharaja Mughal Akbar . Anak kembar Akbar, Hasan dan Hussain, meninggal dunia sewaktu masih bayi. Ibunya adalah Puteri Amber Rajput, Jodhabai (lahir Rajkumari Hira Kunwari, putri sulung Raja Bihar Mal atau Bharmal, Raja Amber, India)Jahangir seorang yang alim dan suka berdoa.Hal ini berkat dari dola Syaikh Salim Chishti pada zaman Akbar.Akbar mengembangkan ikatan emosional dengan desa Sikri (tempat tinggal Chishti). Oleh kerana itu, ia mengembangkan bandar Sikri dan mengalihkan istana empayar dan tempat tinggal dari Agra ke Sikri. Kemudian ditukar nama kepada Fatehpur Sikri. Putri Syaikh Salim Chishti adalah ibu angkat Jahangir.Saudara angkat Nawab Khan Jahangir Kutb-ud-din adalah setiausaha peribadi maharaja Jahangir dan kemudian gabenor Bengal.