Jahangir_Khan

Jahangir Khan (lahir 10 Disember 1963, kadangkala dieja sebagai "Jehangir Khan") ialah bekas pemain No. 1 dunia dalam sukan skuasy dari Pakistan, yang dianggap oleh banyak pihak sebagai antara pemain terbaik dalam sukan skuasy. Sepanjang kariernya, dia memenangi Terbuka Dunia sebanyak enam kali dan Terbuka British sebanyak sepuluh kali. Di antara tahun 1981 dan 1986, dia tidak pernah dikalahkan dalam mana-mana kejohanan selama lima tahun. Pada waktu itu dia memenangi 555 perlawanan secara berturut-turut.