Jahiliah

Dari segi bahasa, jahiliyah merupakan perkataan yang diambil daripada kata dasar jahala dan kata terbitan jahlun yang bermaksud bodoh dan sesat atau jahil. Yang dimaksudkan di sini ialah Masyarakat Jahiliyah di Semenanjung Arab 1500 tahun dahulu iaitu masyarakat yang mundur dari segi akhlak dan sosial. Menurut ayat al-Quran yang bermaksud: Masyarakat jahiliyah tidak merujuk pada masyarakat bodoh dalam pengertian tiadanya pengetahuan dan peradaban, melainkan pada nilai-nilai yang jauh dari kebenaran (fitrah, Islam).
Masyarakat Jahiliyah merupakan masyarakat yang bertamadun tinggi. sebagaimana zaman kerajaan Saba’ sebagai rujukan ketamadunan Arab yang berjaya. Masyarakat Arab Jahiliyah hanya jahil dari segi agama, bukan dari aspek lain seperti bidang kesusasteraan atau kejuruteraan yang mereka telah lama maju.