Jainisme
Jainisme

Jainisme

Jainisme, secara tradisi dikenali sebagai Dharma Jain (जैन धर्म), ialah sebuah agama dan falsafah yang berasal dari Asia Selatan prasejarah. Kini merupakan kaum minoriti di India moden, komuniti-komuniti Jainisme semakin bertumbuh di luar India, seperti Amerika Syarikat, Eropah Barat, Afrika, Timur Jauh, serta tempat-tempat yang lain, dan terus memeliharakan tradisi kezahidan atau Shraman (श्रमण) yang kuno.Jainisme telah amat mempengaruhi bidang agama, etika, politik, dan ekonomi India selama melebihi dua ribu tahun. Agama ini menegaskan kebebasan rohaniah dan kesamaan semua hidupan dengan penekanan yang khusus terhadap dasar tanpa kekerasan. Kawal diri (व्रत, vrata) merupakan cara untuk penganut Jainisme mencapai moksha, Keval Gnan, atau kesedaran sifat roh yang sebenarnya. Jainisme mengistilahkan seorang penganut yang biasa sebagai shravak (श्रावक), iaitu pendengar. Sangha (संघ) Jainisme, iaitu mazhabnya, terdiri daripada empat bahagian: