Demografi Jakarta

Jumlah penduduk di Jakarta sekitar 8,792,000 orang (2004) namun pada siang hari, jumlah tersebut akan bertambah seiring dengan kedatangan para pekerja dari bandar-bandar satelit seperti Bekasi, Tangerang, dan Depok.Bahasa yang digunakan di Jakarta adalah Bahasa Indonesia. Bahasa daerah juga digunakan oleh suku kaum minoriti kerana di Jakarta mempunyai berbagai-bagai suku kaum yang berbeza. Oleh sebab itu, bahasa Indonesia sering digunakan sebagai bahasa perantaraan. Selain itu, muncul juga bahasa basahan yang menular dalam kalangan kanak-kanak yang mengandungi bahasa asing.


Agama yang dianuti di DKI Jakarta sangat pelbagai termasuk enam agama yang diakui pemerintah Indonesia ialah (Islam, Kristian, Katholik, Hindu, Buddha, Konghuchu). Tempat beribat agama Islam juga dibina di Jakarta contohnya:

Tempat beribadah agama Kristian Protestan contohnya:

Tempat beribadah agama Kristian Katholik contohnya:

Tempat beribadah agama Buddha contohnya:

Tempat beribadah agama Hindu contohnya:


Menurut data pemerintah DKI pada tahun 2005, komposisi penganut agama di kota ini adalah seperti berikut:[5]

  • Islam 83 %
  • Kristian Protestan 6.2 %
  • Kristian Katolik 5.7 %
  • Hindu 1.2 %
  • Buddhisme 3.5 %