Jakun
Jakun

Jakun

Suku Jakun atau orang Ulu merupakan orang asli daripada puak Melayu Proto yang terdapat di Pahang dan Johor. Mereka dikelaskan sebagai 'Pra-Melayu' daripada Mongoloid Selatan. Jakun terbahagi dua iaitu Jakun di hutan dan Jakun di tepi laut (Orang Laut / Orang Kuala). Kebanyakan suku Jakun masih mengamalkan kepercayaan animisme yang dipengaruhi oleh alam sekitar seperti gunung, bukit, lembah, sungai, batu dan gua. Mereka masih kuat berpegang kepada pantang larang yang diamalkan sejak lama dahulu.