Jalaluddin_Hassan
Jalaluddin_Hassan

Jalaluddin_Hassan

Dato' Jalaluddin Hassan (lahir 18 Februari 1954) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau terkenal sebagai hos Who Wants to Be a Millionaire?, malah teg nama iaitu "Anda pasti" dan "Jawapan Muktamad" semasa menjadi hos rancangan ini menjadi siulan masyarakat Malaysia pada ketika itu. Beliau telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Tuanku Jaafar (DPTJ) yang membawa gelaran "Datuk" oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Jaafar sempena hari keputeraan baginda.[1]Beliau telah menerima pelbagai anugerah sepanjang menjadi seorang pengacara dan pelakon selama hampir 3 dekad melibatkan diri dalam indusri hiburan. Antaranya ialah Pelakon Pembantu Terbaik Anugerah Seri Angkasa menerusi drama Jejak Perantau, Pelakon Drama Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian selama 3 tahun, Pengacara Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2000, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Anugerah Skrin 2003 melalui drama Tarantula dan pada tahun 2009 menerima Anugerah Seni Negara - (Seni Teater-Pelakon).[2] Pada Mei 2019, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon senior Malaysia paling laris sepanjang zaman.[3]

Rujukan

WikiPedia: Jalaluddin_Hassan http://www.agendadaily.com/Nasional/kenangan-kenan... http://kalsel.antaranews.com/berita/21554/keturuna... http://english.astroawani.com/entertainment-news/a... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/setahun-m... http://www.budiey.com/filem-desolasi/ http://www.budiey.com/filem-lu-mafia-gua-gangster-... http://www.imdb.com/name/nm0368333/ http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article... http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita... http://www.kosmo.com.my/hiburan/cinta-kedua-jalalu...