Jalan_Lingkaran_Dalam_Kuala_Lumpur

Jalan Lingkaran Dalam Kuala Lumpur merupakan satu sistem jalan lingkaran perbandaran di Kuala Lumpur, Malaysia. Ia terdiri daripada Jalan Sultan Ismail (Jalan Treacher), Jalan Imbi, Jalan Hang Tuah (Jalan Shaw) dan Laluan Persekutuan (Jalan Kuching, Jalan Sultan Hisamuddin (Victory Avenue), Jalan Kinabalu dan Jalan Maharajalela (Jalan Birch)). Kawasan membeli-belah utama iaitu kawasan Segi Tiga Emas terletak di sekitar jalan lingkaran ini.