Jalan_Syed_Putra

Jalan Syed Putra (dahulunya Lornie Drive), Laluan Persekutuan adalah sebuah lebuh raya utama di Kuala Lumpur, Malaysia. Ia dinamakan sempena Almarhum Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Yang di-Pertuan Agong ketiga dari Perlis, yang pernah tinggal di Istana Negara yang terletak di salah satu hujung lebuh raya itu.Jalan Syed Putra sebelum ini dikenali sebagai Lornie Drive semasa pentadbiran British. Nama itu diambil sempena J. Lornie, Salah seorang Residen British Selangor pada tahun 1920-an. Lornie juga merupakan Presiden Kelab Golf Diraja Selangor pada 1926.