Jam_bandul
Jam_bandul

Jam_bandul

Jam bandul ialah sejenis jam yang menggunakan bandul, iaitu beban yang mengayun, sebagai unsur penjagaan waktu. Kelebihan bandul sebagai penjaga waktu adalah bahawa bandul merupakan pengayun harmonik yang mengayun berulang-alik dalam selang masa yang jitu secara terukur.Semenjak dicipta oleh Christiaan Huygens pada tahun 1656 sehingga 1930-an, jam bandul merupakan penjaga masa yang paling tepat di dunia, oleh itu laris digunakan.[1][2] Jam bandul haruslah pegun untuk beroperasi; sebarang pergerakan atau pecutan boleh menjejaskan pergerakan bandul, menyebabkan ketidakjituan, oleh itu mekanisme lain harus digunakan dalam jam mudah alih. Jam bandul kini disimpan sebagai barang perhiasan dan antik.