Jambatan_Pulau_Pinang
Jambatan_Pulau_Pinang

Jambatan_Pulau_Pinang

Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan yang KEDUA terpanjang di Malaysia dan KELIMA terpanjang di Asia Tenggara. Jambatan mempunyai panjang kira-kira 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Jambatan ini menghubungkan Pulau Pinang di Lebuhraya Glugor, Bayan Lepas dengan tanah besar semenanjung di Seberang Perai. Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985, hanya 3 tahun sahaja dan memakan belanja sebanyak RM 850 juta. Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara. Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana struktur tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan (cable-stayed bridge) yang terawal di dunia.Larian Jambatan Pulau Pinang pun diadakan dekat sini setiap tahun. Jambatan Pulau Pinang juga ialah lambang negara Malaysia.