Jambatan_Sultan_Mahmud
Jambatan_Sultan_Mahmud

Jambatan_Sultan_Mahmud

Jambatan Sultan Mahmud atau lebih dikenali sebagai Jambatan Duyong merupakan sebatang jambatan yang terletak di tengah-tengah Sungai Terengganu di Terengganu, Malaysia. Jambatan ini dikenali sebagai Jambatan Duyong kerana ia merentasi Pulau Duyong, Taman Tamadun Islam (TTI) dan replika 'ALLAH SELAMATKAN TERENGGANU' di atas Bukit Besar dapat dilihat ketika merentasi jambatan ini.Jambatan ini merupakan sebahagian daripada Laluan Persekutuan Malaysia 65 serta mempunyai dua laluan sehala.[3]Terdapat plaza tol di bahagian tengah jambatan tersebut namun telah dihentikan operasinya pada tahun 2000. Jambatan ini juga terletak di bahagian barat daya Istana Maziah.[4]Jambatan Sultan Mahmud mempunyai 3 bahagian iaitu pertama, Jambatan Selatan yang menghubungkan kawasan tebing selatan Sungai Terengganu hingga ke Pulau Duyong. Kedua, Jambatan Utara No.1 menghubungkan kawasan Pulau Besar dan tebing utara Sungai Terengganu dan yang ketiga pula, Jambatan Utara No.2 menghubungkan kawasan Pulau Duyong dan Pulau Besar.[5]Had laju Jambatan Sultan Mahmud ialah 90 kilometer sejam (km/j).[6] Tambahan pula, jambatan itu dilengkapi dengan papan maklumat LED. Selain itu, jambatan ini juga menjadi tempat tumpuan untuk sebarang acara tahunan seperti Larian Jambatan Sultan Mahmud 2012.

Jambatan_Sultan_Mahmud

Dinamakan sempena Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
Pemilik (?)
Rentangan terpanjang (?)
Lebar (?)
Panjang keseluruhan 13 km (2047.149 batu)[1]
Pembinaan palung (?)
Hayat reka bentuk (?)
Menyeberangi Sungai Terengganu
Pembinaan tambangan Konkrit
Boleh dilalui? Ya
Bilangan lorong Empat
Pereka Kerajaan Persekutuan Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR)
Kos pembinaan (?)
Bahan (?)
Reka bentuk box girder
Nama lain Jambatan Duyung, Jambatan Pulau Duyong, Jambatan Sungai Terengganu
Tinggi (?)
Kelegaan di atas (?)
Kedalaman air (?)
Had muatan (?)
Tambangan dalam air (?)
Tol Dimansuhkan pada tahun 1999
Lokasi Jalan Tengku Mizan,
Kuala Terengganu
Kelegaan di bawah (?)
Dibina oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR)
Dirasmikan 11 Mac 1990[2]
Membawa Kenderaan bermotor, basikal
Nama rasmi Jambatan Sultan Mahmud
Diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) Kuala Terengganu

Rujukan

WikiPedia: Jambatan_Sultan_Mahmud http://terengganumenarik.blogspot.com/2010/08/pula... http://dppkd.tripod.com/berita/tol.htm http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DN-201... https://www.facebook.com/blogjalanrayamalaysia/pos... https://www.facebook.com/friendsofjkr/photos/a.165... https://www.facebook.com/friendsofjkr/photos/a.165... https://www.facebook.com/kaTERENGGANU/photos/a.187... https://www.flickr.com/photos/propas1992/861841069... https://mapcarta.com/27563068 https://goo.gl/maps/Z1tbvmopJ2rsoZkS9