Jambatan_darat
Jambatan_darat

Jambatan_darat

Dalam bidang biogeografi, jambatan darat merupakan tanah genting atau sambungan di antara dua dataran yang terpisah perairan, yang membolehkan haiwan dan tumbuh-tumbuhan menyeberangi air dan menduduki tanah-tanah baru. Jambatan darat boleh terbentuk daripada pengunduran laut di mana paras laut merosot lalu mendedahkan bahagian-bahagian pentas benua yang cetek dan tenggelam sebelum ini; ataupun daripada terbentuknya tanah baru daripada tektonik plat; ataupun daripada kenaikan dasar laut akibat pemulihan pasca glasial selepas zaman air batu.