James_Brooke
James_Brooke

James_Brooke

Raja-raja Putih Sarawak
Sir James Brooke (29 April 1803 - 11 Jun 1867) dilahirkan di Secrore, berhampiran Benares, anak majistret dalam perkhidmatan awam Bengal, India dan merupakan Raja Putih Sarawak yang pertama.Selepas sekolah tatabahasa di England, dia menyertai perkhidmatan Syarikat Hindia Timur Inggeris pada tahun 1825 dan ditempatkan di India. Selepas ketibaannya, permusuhan timbul di Burma, dan Brooke dihantar ke Burma bersama-sama dengan sepasukan askar Syarikat Hindia Timur Inggeris ke Lembah Brahmaputra, pada tahun 1825. Ketika di sana, Brooke mengalami kecederaan teruk ketika memimpin kalavari sukarelawan tempatan, dan dihantar kembali ke England untuk dirawat. Ia mengambil masa beberapa tahun untuk Brooke pulih kembali dan pada tahun 1830, dia kembali ke Madras tetapi telah terlewat untuk dihantar berperang.Dia kemudian mengembara ke China dan semasa melalui kepulauan Indies Timur. Ketika itulah Brooke memutuskan bahawa ia merupakan tempat yang baik bagi menubuhkan kuasa Inggeris dan menambah kekayaan keluarganya.Dia mencuba untuk berdagang di Timur Jauh tetapi tidak begitu berjaya. Pada tahun 1835, ayahnya mati dan meninggalkan harta berjumlah £30,000, yang dia gunakan untuk membeli sebuah kapal bernama Royalist. Selepas belayar ke Borneo pada tahun 1838, dia tiba di Kuching pada bulan Ogos tahun yang sama di mana dia mendapati perkampungan itu menghadapi pemberontakan kaum Dayak menentang Kesultanan Brunei. Dia membantu Raja Muda Hassim, bapa saudara dan raja muda pada Sultan Brunei yang memerintah menumpaskan pemberontakan Dayak, dan sebagai balasan Raja Muda Hassim menamakannya sebagai Raja Sarawak pada 1841. Gelaran itu kemudiannya disahkan oleh Sultan Brunei dan diberi gelaran Raja Putih Sarawak.James Brooke kemudiannya membuat segala macam persiapan bagi mengukuhkan kedudukannya di Sarawak seperti mengubah corak pentadbiran dan sebagainya. Brooke menghabiskan masa beberapa tahun bagi menubuhkan kod perundangan bagi Sarawak, melancarkan rancangan pembangunan ekonomi bagi wilayah tersebut, dan menumpaskan lanun. Pada tahun tersebut, dia bekerjasama rapat dengan pegawai tentera laut British dalam operasi terhadap lanun Dayak dan Melayu di laut Borneo. Pada tahun 1847, James Brooke kembali ke England di mana dia bertemu dengan Ratu Victoria dan dianugerah K.C.B. (Knight Commander of the Bath) pada tahun 1848 dan dilantik menjadi gabenor dan komander Labuan (yang telah diserahkan pada British oleh Sultan Brunai pada tahun 1846) dan menjadi Konsul Jeneral British di Borneo.Brooke sekali lagi memimpin pasukan British menentang lanun Dayak pada tahun 1849 dan berjaya menumpaskan mereka dengan teruk. Pada tahun 1851, James Brooke menjadi tumpuan selepas kontroversi mengenai dirinya timbul. Dia dituduh rasuah dan salah tingkah laku termasuk tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan terhadap penduduk tempatan termasuk lanun yang didakwa menjadi mangsa kekejaman oleh Brooke. Tuduhan ini ditimbulkan di Dewan Rendah House of Commons oleh ahli politik radikal Joseph Hume dan ahli lain yang anti-imperialis. Selepas beberapa penyiasatan dijalankan Brooke didapati tidak bersalah dan dibebaskan daripada tuduhan tersebut. namun demikian perkara ini menjejaskan nama baiknya dan Brooke dilucutkan jawatan sebagai gabenor Labuan.[1]Pada tahun 1857, dia nyaris terkorban semasa pemberontakan serius pendatang China di Sarawak; tetapi dengan sokongan oleh orang Melayu dan Dayak yang setia pemberontakan tersebut berjaya ditumpaskan dan Brooke kembali mengawal kerajaannya.Brooke akhirnya bersara ke England pada tahun 1863 sungguhpun begitu, dia kembali sekurang-kurangnya dua kali ke Sarawak untuk melawan lanun dan menumpaskan pemberontakan. Dia memerintah Sarawak sehinggalah kematiannya diestatnya di Devonshhire, England pada tahun 1868, selepas tiga kali serangan strok dalam tempoh 10 tahun. Dia diganti oleh anak saudaranya iaitu Charles Brooke yang menjadi Raja Putih kedua Sarawak.