Jamie_Carragher
Jamie_Carragher

Jamie_Carragher

† Kemunculan (Gol).
James Lee Duncan Carragher (dilahirkan Januari 28, 1978 di Bootle, Merseyside) merupakan pemain antarabangsa England yang sedang bermain bersama kelab bola sepak Liverpool F.C. dan merupakan timbalan ketua pasukan kepada Steven Gerrard.Sebagai seorang kapten pasukan, Carragher juga merupakan pelawak dalam pasukan. Keupayaan dan sikapnya di dalam padang, merendah diri secara semulajadi, dan kesanggupan untuk menyatakan pendiriannya, telah membuatkan beliau sebagai pemain terbaik yang dikenali peminat. Ini dibuktikan apabila beliau di undi tempah ke 7 dalam liverpoolfc.tv "100 Players Who Shook The Kop", tempat tertinggi sebagai pemain pertahanan.Kebanyakan pengkritik bolasepak bersependapat Carragher akan menjadi salah seorang pertahanan terbaik "out-and-out" dalam England. Di bawah bimbingan Rafael Benitez, beliau telah dipertingkatkan permainannya dari pertahanan tengah. Carragher telah membuat 400 penampilan bersama Liverpool, lebih banyak dari semua pemain Liverpool pada masa kini dan hanya yang ke 24 pemain Liverpool yang berbuat demikian. Beliau sekarang mendapat kepercayaan sebagai pemain pertahanan tengah di bawah Benitez berbanding Gerard Houllier dan Sven-Göran Eriksson yang lebih menggunakannya sebagai pemain full-back. Sebagai keputusan, beliau digambarkan sebagai mangsa kepada kebolehannya.Pada hari Sabtu 20 Januari 2007, Jamie Carragher bermain sebanyak 450 kali untuk Liverpool dan ditawarkan testimonial oleh kelab kerana 10 tahun perkhidmatan beliau. Untuk meraikannya, Jamie telah memenangi pemain terbaik perlawanan dan menjadi pertahanan kukuh semasa perlawanan menentang juara bertahan Chelsea.Peminat Liverpool telah memberi penghormatan kepada beliau dengan menayangkan sepanduk "Carragher - probably the best scouser in the world."