•
Kepadatan• 45.31/km2 (117/sq mi)
Jammu dan Kashmir sebutan (
bantuan·
maklumat) (Sebutan bahasa Inggeris tempatan: IPA:
[dʒəmmuː ənd kəʃmiːr]) (sering disingkatkan sebagai Kashmir), ialah negeri yang paling utara di
India, kebanyakan kawasannya terletak pergunungan
Himalaya. Jammu dan Kashmir bersempadan dengan negeri-negeri
Himachal Pradesh dan
Punjab, India di selatan, negara
Pakistan di barat dan
Republik Rakyat China di timur laut dan timur. Jammu dan Kashmir sering dikenali sebagai "Kashmir yang diduduki India" dan merupakan sebuah wilayah yang dipertikaikan antara India dan Pakistan.Jammu dan Kashmir terdiri daripada tiga bahagian:
Jammu,
Lembah Kashmir dan
Ladakh.
Srinagar merupakan ibu negeri musim panas, dan
Jammu pula ibu negeri musim sejuk. Sementara Lembah Kashmir yang dikenali sebaga "Syurga Di Bumi"
[1] terkenal kerana landskap pergunungan yang indah, Jammu pula menarik berpuluh ribu penziarah
Hindu dan
Muslim setiap tahun. Ladakh yang juga dikenali sebagai "
Tibet Kecil" terkenal kerana keindahan pergunungan dan kebudayaan agama Buddha. Walaupun agama
Islam dipeluk oleh 65% daripada seluruh populasi (dan 95% populasi ini berdiam di Lembah Kashmir), negeri ini juga diduduki golongan minoriti utama ber
agama Hindu (iaitu 67% populasi Jammu dan 30% populasi negeri),
Buddha (51% populasi Ladhakh dan 3% populasi negeri), dan
Sikh (5% populasi
Jammu dan 2% populasi negeri).