Jang_Geun-suk

Jang Geun-suk (Korean: 장근석) ialah seorang pelakon, penyanyi dan model dari Korea Selatan. Dia terkenal kerana memegang watak ketua kumpulan pemuzik Hwang Tae Kyung dalam drama kegemaran ramai 2009 You're Beautiful, bersama-sama Lee Hong Ki, Jung Yong Hwa, Park Shin Hye dan Kim Yoo Jin yang juga dikenali sebagai UEE. Watak terbarunya ialah Kang Mu Gyul dalam siri komedi romantik 2010 Mary Stayed Out All Night, bersama Moon Geun Young.