Janna_Nick
Janna_Nick

Janna_Nick

Nurul Jannah binti Muner[2] (dilahirkan pada 1 Jun 1995) atau lebih dikenali sebagai Janna Nick merupakan seorang pelakon dan penyanyi wanita Malaysia.[3] Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan dengan memegang watak tambahan dalam telefilem Cinta Vlog (2012) dan mula dikenali secara meluas menerusi peranan sebagai Nur Jannah dalam siri drama waktu perdana yang diiktiraf secara kritis, Syurga Nur (2015) bersama Azrel Ismail dan Amar Asyraf, dan meraih pengiktirafan meluas menerusi watak utama sebagai Iman Firdaus dalam siri drama, Kau Aku Kita (2015) bersama Saharul Ridzwan yang mana beliau memenangi Aktres Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016. Selepas Kau Aku Kita tamat, beliau membintangi drama Anakku Diva sebagai Melati dan Suami Tanpa Cinta sebagai Ain Syifa. Janna membuat penampilan teater pertama menerusi pementasan teater Zombie La La La yang dipentaskan di Istana Budaya pada 13 hingga 21 Februari 2016, yang mana beliau memegang peranan sebagai Me Mang Nak. Beliau memulakan kerjaya muziknya[4] dengan melancarkan single pertama yang bertajuk "Mungkin Saja" pada 23 Januari 2016 yang menjadi percubaan sulung beliau dalam bidang muzik. Pada Mei 2016, beliau dilantik sebagai duta dan jurucakap bagi portal pendidikan FullAMark yang dimiliki oleh The New Straits Times Press[5] dan juga dilantik sebagai duta dan jurucakap bagi produk kecantikan Fantasi Colour Cosmetic (FCC). Beliau beralih kepada peranan yang lebih kedewasaan menerusi drama waktu perdana di Slot Akasia TV3 Biar Aku Jadi Penunggu bersama Ashraf Muslim.[6] Janna membuat kemunculan sulungnya di layar lebar menerusi filem sulung lakonannya, Kimchi Untuk Awak (2017) memegang watak antagonis bernama Zara serta drama bertajuk Dia untuk siaran di Slot Akasia TV3.[7][8]Janna telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan di dalam kerjaya lakonannya termasuk Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 bagi Aktres Pilihan dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015 bagi Artis Baharu Wanita Paling Popular. Pada Februari 2017, beliau menyertai LOL Entertainment bagi menguruskan kerjaya seninya.[1]

Janna_Nick

Pekerjaan
Tahun aktif 2012–kini
Instrumen Vokal
Syarikat rakaman Hikayat Records
Ejen LOL Entertainment (2017-kini)[1]
Pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Saudara Muhammad Firdaus Muner (abang)
Nurul Balqish Muner (adik)
Nur Iris Rose Sofea Muner (adik)
Adam Lee (sepupu)
Kelahiran Nurul Jannah binti Munir
(1995-06-01) 1 Jun 1995 (umur 24)
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Genre Pop, R&B
Ketinggian 5 ft 5 in (1.65 m)
Tahun aktif 2016–kini
Pusat pendidikan Maktab Rendah Sains MARA Pendang
Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas
Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota
Kediaman Kuala Lumpur

Rujukan

WikiPedia: Janna_Nick http://www.mynewshub.cc/hangat/210366/ http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/206350/ http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/instagram-di... http://www.agendadaily.com/Hiburan/drama-syurga-nu... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/instagram... http://dramamovieon9.blogspot.com/2017/10/biodata-... http://www.budiey.com/tv3-tv9-lancar-kempen-ramada... http://www.encikshino.com/ketahui-biodata-janna-ni... http://www.imdb.com/name/nm9101169/ http://www.jiwarosak.com/biodata-dan-gambar-janna-...