Jaring

Jaring atau 'Jaring Communications Sdn Bhd' adalah pembekal Internet pertama di Malaysia kini dibubarkan dan diletakkan di bawah penjagaan seorang pembubar selepas arahan mahkamah pada Khamis 23 April 2015.Jaring dibina pada 1986 di bawah nama RangKoM, yang kemudiannya dilancarkan dengan nama Jaring pada 1992, dibiarkan merosot sehingga kini. Ia merupakan subsidiari Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia (MIMOS) dan kemudiannya diambil alih oleh Kementerian Kewangan Malaysia pada 2007.