Jatuh_bebas
Jatuh_bebas

Jatuh_bebas

Jatuh bebas dalam ilmu fizik Newton merujuk kepada sebarang pergerakan jasad fizikal di mana graviti merupakan satu-satunya daya yang bertindak ke atasnya. Sebuah jasad yang jatuh bebas - dalam konteks kerelatifan am, di mana kegravitian dikurangkan kepada kelengkungan ruang-masa - tiada daya yang bertindak ke atasnya.Sesuatu objek yang "jatuh bebas" tidak semestinya bergerak menurun seperti yang difikirkan secara amnya; objek yang bergerak naik tidak dianggap menjatuh jika ia bergantung kepada daya graviti sahaja, maka ia turut dianggap menjatuh bebas - misalnya Bulan yang saling bergantungan dengan medan graviti Bumi.