JavaScript

JavaScript adalah nama milik Syarikat Komunikasi Netscape dan sekarang adalah pelaksanaan berpiawai ECMAScript untuk Pertubuhan Mozilla. Bahasa ini amat popular kerana terdapat banyak penggunaannya pada laman-laman web (sebagai JavaScript pihak pelanggan).Ramai yang beranggapan bahawa JavaScript adalah "Java yang ditafsir" walaupun pada hakikatnya tidak sebegitu. Malah, walaupun namanya serupa, kaitan antara JavaScript dengan Java adalah jauh sekali. Sintaksis JavaScript diilhamkan dari Java dan C untuk memudahkan pengguna baru mempelajarinya.

JavaScript

Lepasan stabil 1.8.5[1] (22 Mac 2011; 8 tahun yang lalu (2011-03-22))
Paradigma Berbilang paradigma: penskripan, berorientasi objek (berasaskan prototaip), imperatif, kefungsian
Muncul pada 1995; 25 tahun yang lalu (1995)
Pembangun Netscape Communications Corporation, Mozilla Foundation
Mempengaruhi ActionScript, CoffeeScript, Dart, JScript .NET, Objective-J, QML, TIScript, TypeScript
Dipengaruhi C, Java, Perl, Python, Scheme, Self
Direka oleh Brendan Eich
Pelaksanaan utama KJS, Rhino, SpiderMonkey, V8, WebKit, Carakan, Chakra
Disiplin penjenisan dinamik, lemah, itik