Jawa

Jawa (tulisan Jawi: جاوا ) ialah nama sebuah pulau di Indonesia, sekaligus nama bagi semua yang berkait dengan pulau Jawa seperti etnik majoriti, bahasa Jawa, dan sastera Jawa.Pulau Jawa di Indonesia yang mempunyai kawasan seluas 126,700 km persegi mempunyai 146 juta penduduk dan merupakan pulau paling padat penduduknya di Indonesia, dengan jumlah penduduk seramai 1 160 orang setiap kilometer persegi. Jika Jawa ialah sebuah negara, ia menjadi negara kedua paling padat di dunia, kecuali untuk beberapa negara kecil (selepas Bangladesh).