Bantahan Jawatankuasa_Kemajuan_dan_Keselamatan_Kampung_Persekutuan

Pakatan Rakyat tidak setuju penubuhan JKKKP kerana akan bertindan dari segi fungsi, projek , pertelagahan sesama anggota masyarakat kampung serta membazirkan wang pembayar cukai.

Projek yang dilaksanakan seperti menbaiki jalan raya , bantuan hari raya dan fakir miskin tidak lagi selaras. Kemungkinan mereka yang berhak mendapat bantuan tidak menerimanya.

Penubuhan JKKKP menunjukkan kerajaan Barisan Nasional tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka kalah di 5 buah negeri kepada pembangkang. Ini juga menunjukkan amalan demokrasi dan kebebasan mengundi tidak merata dan tidak dihayati bersama.

Setiap ketua kampung sinonim dengan UMNO. Mereka adalah pejuang UMNO dan memeriahkan suasana politik dan pilihan raya di sesebuah kampung. Penduduk kampung amat bergantung kepada kredibitii ketua kampung. Dalam masyarakat yang kecil, tali persaudaraan yang erat wujud sesama mereka.

Di Perak, majoriti ketua kampung melahirkan bantahan dan enggan berfungsi seperti sedia kala selepas pembangkang menang di 5 buah negeri. Mereka menjadi ahli Persatuan Ketua Kampung di Perak.