Jawatankuasa_Olimpik_Antarabangsa
Jawatankuasa_Olimpik_Antarabangsa

Jawatankuasa_Olimpik_Antarabangsa

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (Bahasa Inggeris: International Olympic Committee (IOC), Bahasa Perancis: Comité International Olympique) merupakan sebuah pertubuhan yang bertapak di Lausanne, Switzerland. Ia ditubuhkan oleh Pierre de Coubertin dan Demetrios Vikelas pada 23 Jun 1894. Jawatankuasa ini memiliki keahlian seramai 205 Komiti Olimpik Nasional.Jawatankuasa ini mengaturkan Sukan Olimpik pada musim panas dan musim sejuk setiap empat tahun. Sukan Olimpik Musim Panas moden yang pertama dijalankan di Athens, Yunani pada tahun 1896; Sukan Olimpik Musim Sejuk yang pertama pula telah diadakan di Chamonix, Perancis, pada tahun 1924. Kedua-dua temasya Olimpik Musim Panas dan Sejuk diadakan pada tahun yang sama sehinggalah tahun 1992. Selepas itu, IOC mengalihkan Olimpik Musim Sejuk ke dua tahun selepas Olimpik Musim Panas sejak tahun 1994, demi membantu menjarakkan persediaan antara kedua-dua temasya ini.