Jeddah
Jeddah

Jeddah

Jeddah (juga dieja Jedda, Jiddah, Jidda, atau Juddah; جدّة Ǧiddah), adalah sebuah bandar raya Arab Saudi yang terletak di pinggir Laut Merah denagn koordinat (21.50° U 39.1667° T). Bandar ini adalah sebuah bandar utama di Arab Saudi dan merupakan bandar paling besar di Provinsi Barat (Arab Saudi). Bandar Jeddah adalah bandar kedua terbesar di Arab Saudi, selepas bandar raya Riyadh. Bilangan penduduk Jeddah kini berjumlah 3.4 juta orang. Jeddah dianggap sebagai pusat komersil Arab Saudi dan bandar raya paling makmur dan mewah di Timur Tengah. Jeddah juga adalah pintu masuk utama ke Makkah Al-Mukaramah, bandar paling suci dalam fahaman agama Islam dan adalah pintu masuk kepada kebanyakaan jemaah haji yang datang dengan kapal terbang ataupun dengan kapal laut.

Jeddah

- Metro 3,807,000
- Putera Abdulmajeed bin Abdul Aziz
- Bandar 3,400,000