Jelapang

Jelapang yang terletak di daerah Kinta merupakan bandar satelit bagi bandar raya Ipoh, Perak. Jelapang menjadi pelengkap bagi bandar Ipoh yang semakin berkembang. Antara tempat yang berdekatan dengan Jelapang ialah Meru, Sungai Rokam, Pekan Razaki, Tasek, Kampung Tawas dan lain-lain.Jelapang bermaksud tanah lapang dan biasanya dikaitkan dengan tanaman padi. Namun Jelapang bukanlah kawasan sawah padi dan tidak pernah ditanam dengan padi kerana kawasan ini agak tinggi dengan tanah jenis laterit.