Jelebu
Jelebu

Jelebu

Daerah Jelebu mempunyai keluasan 136,751.49 hektar iaitu 20.4% daripada keluasan keseluruhan Negeri Sembilan. Jelebu juga merupakan daerah kedua terbesar di Negeri Sembilan selepas daerah Jempol. Keadaan muka bumi di Jelebu kebanyakannya berbukit bukau terutama dikawasan sebelah utara yang merupakan unjuran penghujung Banjaran Titiwangsa. Kebanyakan kawasan-kawasan di Jelebu masih dilitupi oleh kawasan hutan dengan keluasan 84,556.25 hektar iaitu 61.83% daripada keluasan keseluruhan Jelebu. Jumlah penduduk ialah 40,000 orang. Sumber ekonomi utama ialah pertanian dengan keluasan 30,743.103 iaitu 22.481 hektar.Pekan Kuala Klawang merupakan pusat pentadbiran bagi Daerah Jelebu yang menempatkan pejabat-pejabat penting seperti Ibu Pejabat Polis Daerah Jelebu, Majlis Daerah Jelebu, Muzium Budaya Jelebu dan Perpustakaan daerah. Pekan-pekan utama yang turut menjadi nadi penting Daerah Jelebu adalah Titi, Simpang Durian, Simpang Pertang, Pertang dan Sungai Lui.Jelebu turut dikenali sebagai Luak Jelebu yang dikepalai oleh Datuk Undang Jelebu.

Jelebu

Pegawai daerah Zulkifli Baharan
Pejabat daerah Kuala Klawang