Jelutong
Jelutong

Jelutong

Jelutong merupakan sebuah bandar satelit George Town, ibu negeri Pulau Pinang. Jalan utama ke Jelutong juga boleh melalui Jalan Glugor dan USM diikuti Jalan Sultan Azlan Shah dari George Town, terletak di suburb selatan George Town.Walaupun ia merupakan kawasan petempatan, tetapi terdapat beberapa kawasan menarik di sini seperti gerai makan tempatan yang terkenal. Sebuah lebuh raya baru menghubungkan Georgetown ke bandar-bandar lain di pulau dinamakan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu yang dibina bagi mengatasi masalah kesesakan utama di Jalan Jelutong. Karpal Singh Ram Singh atau secara ringkasnya Karpal Singh ialah ahli politik Malaysia dan menyertai profesion peguam membuatkan Jelutong menjadi sebuah nama terkenal di Malaysia. Reputasinya membolehkan beliau digelar sebagi "Tiger of Jelutong". Jelutong mempunyai sebuah pasar raya dinamakan sebagai Suiwah(ditutup sejak 2006). Ia kini digantikan dengan sebuah pasar raya besar iaitu Sunshine Jelutong. Jelutong mempunyai banyak sekolah ternama iaitu SJK(C) Jelutong, SK Jelutong, SMK Jelutong dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Heng Ee.