Jemaah_Islamiyah

Jamaah Islamiyah, (جماعة الإسلامية) di Malaysia sering dieja dengan Jemaah Islamiah, ialah sebuah kumpulan pejuang agama, berdedikasi untuk mendirikan sebuah Negara Islam raya di Nusantara, khususnya Indonesia, Singapura, Brunei, Malaysia, Thailand dan Filipina.Terdapat asas kewujudan hubungan kewangan antara Jamaah Islamiyah dengan kumpulan pengganas lain, seperti Abu Sayyaf dan al-Qaeda. Jemaah Islamiyah bermaksud "Kumpulan Islam" ataupun "Komuniti Islam" dan ini selalu dipendekkan dengan JI.Strategi mereka ialah dengan tindakan kekerasan dengan menyasarkan kepentingan Barat yang terdapat di rantau ini.Jamaah Islamiyah disyaki terlibat di dalam Pengeboman Bali pada 12 Oktober, 2002 yang mengorbankan 202 orang di beberapa buah kelab malam di sana. Selepas serangan tersebut, Jabatan Negara Amerika Syarikat telah mengklasifikasikan Jamaah Islamiyah sebagai sebuah Organisasi Pengganas Antarabangsa atau Foreign Terrorist Organization. Jemaah ini juga dituduh melancarkan beberapa serangan di Asia Tenggara seperti letupan bom di Zamboanga dan Metro Manila, di Filipina dan yang paling baru letupan di kedutaan Indonesia pada 2004.