Jempol
Jempol

Jempol

Jempol merupakan daerah yang terbesar di Negeri Sembilan, Malaysia. Daerah ini terletak bersempadan dengan negeri Pahang di timur laut, Johor di selatan, daerah Tampin di barat daya, daerah Kuala Pilah di barat,dan daerah Jelebu di utara.. Bandar utamanya ialah Bahau, manakala pusat pentadbiran daerah terletak di Bandar Seri Jempol. Hospital Jempol yang siap pada 2004 terletak di sini. Hospital ini menjadi tumpuan bagi pesakit yang datang dari daerah sekitar Jempol, Serting, Bahau, Rompin dan kawasan-kawasan di negeri Pahang yang sebelum ini mendapatkan perkhidmatan di Hospital Kuala Pilah. Jarak antara Bahau dengan Kuala Pilah ialah 21 km.Dijangkakan daerah ini akan terus membangun dalam masa tedekat ini di antara 5 hingga 10 tahun lagi. Di sini juga teletaknya pertembungan antara Sungai Muar dan Sungai Serting. Ia lebih dikenali sebagai Desa Penarikan.