Jepun
Jepun

Jepun

Koordinat: 35°N 136°E / 35°N 136°E / 35; 136Jepun (Tulisan Jawi: جيڤون; bahasa Jepun: 日本 Nippon/Nihon, nama rasmi:日本国 Nipponkoku/Nihonkoku  dengarkan (bantuan·maklumat)) ialah sebuah negara kepulauan di Asia Timur yang terletak di sebelah barat Lautan Pasifik, di sebelah timur Laut Jepun, dan berjiran dengan Republik Rakyat China, Korea dan Rusia. Pulau paling utara terletak di Laut Okhotsk, dan wilayah paling selatan pula merupakan sekelompok pulau kecil di Laut China Timur iaitu kawasan selatan Okinawa yang berjiran dengan Taiwan.Jepun terdiri daripada 6,852 pulau[16] yang membentuk segugusan kepulauan. Pulau-pulau utama dari utara ke selatan ialah Hokkaido, Honshu (pulau terbesar), Shikoku, dan Kyushu. Lebih kurang 97% wilayah daratan Jepun berada di keempat-empat pulau terbesarnya. Sebahagian besar pulau di Jepun bergunung-ganang, dan sebahagian di antaranya merupakan gunung berapi. Gunung tertinggi di Jepun ialah Gunung Fuji yang merupakan sebuah gunung berapi yang pendam. Penduduk Jepun berjumlah 128 juta orang menjadikannya negara ke-10 paling ramai penduduknya di dunia. Tokyo ialah ibu negara Jepun yang bertaraf "kawasan metropolitan". Tokyo Raya ialah sebutan untuk Tokyo dan beberapa bandaraya lain yang berada di wilayah-wilayah sekelilingnya. Sebagai daerah metropolitan yang terluas di dunia, Tokyo Raya diduduki lebih 30 juta orang.Menurut mitos tradisional, Jepun didirikan oleh Maharaja Jimmu pada abad ke-7 SM. Maharaja Jimmu yang mendirikan sistem pemerintahan beraja Jepun yang masih wujud hingga kini. Meskipun begitu, untuk kebanyakan masa sepanjang sejarahnya, kuasa pemerintah sebenarnya berada di tangan anggota istana, syogun, pihak tentera, dan dalam zaman moden, di tangan perdana menteri. Menurut Perlembagaan Jepun tahun 1947, Jepun ialah sebuah negara raja berperlembagaan di bawah pimpinan Maharaja dan Diet Jepun.Sebagai kuasa ekonomi utama,[8] Jepun memiliki ekonomi ketiga terbesar dari segi KDNK nominal[17] mahupun pariti kuasa beli. Jepun ialah sebuah negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, G8, OECD dan APEC. Jepun dilengkapi sistem pertahanan yang cukup dengan dilengkapi dengan kecanggihan teknologi seperti AEGIS serta sebuah armada kapal pembinasa yang besar. Dalam perdagangan luar negeri, Jepun merupakan negara pengeksport keempat terbesar dan negara pengimport keenam terbesar di dunia. Sebagai negara maju, penduduk Jepun menikmati taraf hidup yang tinggi (tempat ke-8 dalam Indeks Pembangunan Manusia) dan usia jangka hayat tertinggi di dunia menurut perangkaan PBB.[18] Dalam bidang teknologi, Jepun ialah negara termaju dalam bidang telekomunikasi, kejenteraan dan robotik.

Jepun

Zon masa UTC+9 (JST)
Pemerintahan Negara kesatuan berdemokrasi berparlimen dengan raja berperlembagaan
• Dewan Rakyat Dewan Perwakilan
Perundangan Kokkai
• Akta Bendera dan LaguKebangsaan Negara 13 Ogos 1999
• Kepadatan 336/km2 (870.2/sq mi) (ke-36)
Kod ISO 3166 JP
Bahasa rasmi Bahasa Jepun[5]
• Hari Penubuhan Negara 11 Februari 660 SM[10]
• Perlembagaan Meiji 29 November 1890
KDNK (PPP) Anggaran 2017 
Mata wang ¥ atau - disebut (Yen) (JPY)
Format tarikh
  • yyyy-mm-dd
  • yyyy年m月d日
  • Zaman yy年m月d日 (CE−1988)
Demonim Jepun
HDI (2015) ▲ 0.903[15]
sangat tinggi · ke-17
• Perdana Menteri Abe Shinzo
• Musim panas (DST) UTC+9 (tidak diamalkan)
Ibu kota Tokyo [4]
35°41′N 139°46′E / 35.683°N 139.767°E / 35.683; 139.767
• Dewan Pertuanan Dewan Kaunselor
Bandar terbesar capital
Agama
• Per kapita $38,281[13] (ke-20)
Bahagian memandu kiri
Gini (2008) 37.6[14]
rendah · ke-76
Kumpulan etnik (2011[8])
Kod panggilan +81
• Total $5.420 trillion[13] (ke-4)
• PerjanjianSan Francisco 28 April 1952
• Maharaja Naruhito
• Bancian 2017 126,730,000[12] (ke-11)
• Perlembagaan kini 3 Mei 1947
KDNK (nominal) Anggaran 2017 
• Jumlah $4.841 trilion[13] (ke-3)
• Air (%) 0.8
Bahasa KebangsaanTulisan kebangsaan Bahasa Jepun[7]

Kanji
Hiragana
Katakana
Diiktiraf bahasa serantau
Internet TLD .jp
• Timbalan Perdana Menteri Taro Aso

Rujukan

WikiPedia: Jepun ftp://ftp.fao.org/docrep/fao/009/a0699e/a0699e.pdf http://www.usyd.edu.au/news/international/226.html... http://www.atimes.com/japan-econ/AJ16Dh01.html http://www.country-data.com/cgi-bin/query/r-7176.h... http://www.economist.com/business/displaystory.cfm... http://www.economist.com/displayStory.cfm?story_id... http://www.economist.com/specialreports/displaySto... http://www.exbuzzwords.com/static/keyword_3430.htm... http://www.forbes.com/lists/2006/18/06f2000_The-Fo... http://www.friesian.com/pearl.htm