Demografi Jepun

Rencana utama: Demografi Jepun
Pemandangan perempatan Shibuya pada waktu malam. Persimpangan jalan Shibuya dikenali kerana kesesakan pelintasnya.

Bangsa

Rencana–rencana utama: Bangsa Jepun dan Masalah perkauman di Jepun

Bilangan penduduk Jepun dianggarkan sekitar 127,614 juta orang (perangkaan 1 Februari 2009).[96] Masyarakat Jepun adalah homogen dari segi etnik, budaya dan bahasa, dengan bilangan pekerja asing yang sedikit. Di kalangan penduduk minoriti yang kecil di Jepun, terdapat orang Korea Zainichi,[97] Cina Zainichi, orang Filipina, Brazil[98] dan Peru.[99] Pada 2003, terdapat 136,000 warga negara barat yang menjadi ekspatriat di Jepun.[100]

Kewarganegaraan Jepun diberikan kepada bayi yang dilahirkan daripada ayah atau ibu berkewarganegaraan Jepun, ayah berkewarganegaraan Jepun yang meninggal sebelum kelahirannya, atau bayi yang lahir di Jepun dengan ayah/ibu yang tidak diketahui/tidak memiliki kewarganegaraan.[101] Suku kaum yang paling dominan ialah penduduk asli yang bergelar orang Yamato dan kelompok minoriti utama yang terdiri daripada penduduk asli Ainu[102] dan Ryukyu, ditambah kelompok minoriti sosial yang dipanggil burakumin.[103]

Pada tahun 2006, kadar jangka hayat di Jepun ialah 81.25 tahun, iaitu antara yang tertinggi di dunia.[104] Namun usia purata penduduk Jepun semakin meningkat kesan ledakan kelahiran pascaperang diikuti penurunan kadar kelahiran. Pada tahun 2004, sekitar 19.5% daripada populasi Jepun sudah berusia atas 65 tahun.[105]

Perubahan dalam struktur demografi menimbulkan beberapa masalah sosial, terutamanya kecenderungan menurunnya bilangan tenaga kerja dan meningkatnya perbelanjaan kebajikan sosial seperti pencen. Masalah lain termasuk semakin ramai golongan muda yang memilih untuk tidak berkahwin atau mendirikan rumah tangga ketika mencapai usia dewasa.[106] Bilangan penduduk Jepun dikhuatiri akan merosot menjadi 100 juta pada tahun 2050, dan 64 juta pada tahun 2100.[105] Pakar demografi dan jabatan kerajaan kini berbincang mengenai cara menangani masalah penurunan jumlah penduduk.[106] Imigrasi dan insentif wang untuk kelahiran bayi sering kali diusulkan sebagai penyelesaian masalah penduduk Jepun yang semakin menua.[107][108]

 
Bandar terbesar di Jepun
Perangkaan 2010[109]
Ked.Wilayah Pop.Ked.Wilayah Pop.

Tokyo

Yokohama
1TokyoTokyo8,949,44711HiroshimaHiroshima1,174,209
Osaka

Nagoya
2YokohamaKanagawa3,689,60312SendaiMiyagi1,045,903
3OsakaOsaka2,666,37113KitakyūshūFukuoka977,288
4NagoyaAichi2,263,90714ChibaChiba962,130
5SapporoHokkaidō1,914,43415SakaiOsaka842,134
6KobeHyōgo1,544,87316NiigataNiigata812,192
7KyōtoKyōto1,474,47317HamamatsuShizuoka800,912
8FukuokaFukuoka1,463,82618KumamotoKumamoto734,294
9KawasakiKanagawa1,425,67819SagamiharaKanagawa717,561
10SaitamaSaitama1,222,91020ShizuokaShizuoka716,328

Agama

Kuil Shinto Itsukushima ialah sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Rencana utama: Agama di Jepun

Perangkaan tertinggi jumlah penganut agama Buddha dan Shinto sekaligus ialah 84-96% yang menunjukkan betapa besarnya jumlah penganut sinkretisme daripada kedua-dua agama tersebut.[38][110] Walaupun demikian, perkiraan tersebut hanya berdasarkan jumlah warga yang didapati ada hubungan dengan pihak kuil, dan bukan jumlah penduduk yang sungguh-sungguh menganut kedua-dua agama tersebut.[111] Professor Robert Kisala (dari Universiti Nanzan) menganggarkan hanya 30% daripada penduduk Jepun yang mengaku menganut suatu agama.[111]

Fahaman Taoisme dan Konfusianisme dari China juga mempengaruhi kepercayaan dan tradisi Jepun. Agama di Jepun cenderung bersifat sinkretisme dengan melahirkan berbagai-bagai tradisi, seperti orang tua membawa anak-anak ke upacara Shinto, pelajar sekolah berhajat kelulusan ujian di kuil Shinto, perkahwinan ala Barat di gereja Kristian, dan penyemadian mayat mengikut laras agama Buddha. Penduduk beragama Kristian hanya berjumlah 2,595,397 atau 2.04% seluruh penduduk Jepun.[112] Kebanyakan orang Jepun mengambil sikap tidak peduli terhadap agama dan melihat agama sebagai budaya dan tradisi semata-mata. Apabila ditanya mengenai agama, mereka akan mengatakan bahawa mereka beragama Buddha hanya kerana nenek moyang mereka menganut suatu mazhab agama Buddha. Selain itu, di Jepun sejak pertengahan abad ke-19 lahirnya pelbagai mazhab agama baru (Shinshūkyō) seperti Tenrikyo dan Aum Shinrikyo.

Bahasa

Rencana utama: Bahasa Jepun

Lebih daripada 99% penduduk Jepun bertutur dalam bahasa Jepun sebagai bahasa ibunda.[96] Bahasa Jepun ialah bahasa aglutinatif yang bercirikan kata hormat yang mencerminkan unsur hierarki sosial dalam masyarakat Jepun. Pemilihan kata kerja dan kosa kata mencerminkan taraf penutur dan pendengar. Menurut kamus bahasa Jepun iaitu Shinsen-kokugojiten, kosa kata daripada bahasa Cina berjumlah sekitar 49.1% daripada seluruh kosa kata Jepun, manakala kata-kata asli Jepun hanya 33.8% dan kata pinjaman bahasa lain pula sekitar 8.8%.[113] Bahasa Jepun menggunakan tulisan kanji, hiragana, dan katakana. Jepun juga mempunyai sistem perumian mereka yang tersendiri yang diambil daripada tulisan Rumi yang dikenali sebagai Romaji. Nombor-nombor Arab turut digunakan. Bahasa Ryukyu yang juga tergolong dalam keluarga bahasa Japonik ditutur oleh penduduk Okinawa, tetapi tidak banyak diwarisi dalam kalangan muda-mudinya.[114] Bahasa Ainu kian pupus dengan hanya beberapa orang penutur asli yang sudah lanjut usia di Hokkaido.[115] Para pelajar sekolah kerajaan dan swasta di Jepun hanya diwajibkan mempelajari bahasa Jepun dan bahasa Inggeris.[116]

Pendidikan

Rencana utama: Pendidikan di Jepun
Auditorium Yasuda di Universiti Tokyo

Pendidikan rendah dan menengah, serta pendidikan tinggi diperkenalkan di Jepun pada tahun 1872 hasil usaha Pemulihan Meiji.[117] Sejak tahun 1947, rancangan pendidikan di Jepun mewajibkan setiap warganegara bersekolah selama 9 tahun di sekolah rendah dan sekolah menengah rendah (dari usia 6 hingga 15 tahun). Dalam kalangan penduduk berusia 15 tahun ke atas, kadar celik huruf mencapai 99% secara sama rata antara lelaki dan wanita (2002).[118]

Hampir semua pelajar sekolah berjaya ke sekolah menengah tinggi dan menurut Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Ilmu Pengetahuan dan Teknologi Jepun (MEXT), lebih kurang 75.9% lepasan sekolah menengah tinggi pada tahun 2005 melanjutkan pelajaran ke universiti, akademi, politeknik, atau insititusi pendidikan tinggi seumpamanya.[119] Pendidikan di Jepun amat kompetitif,[120] khususnya dalam ujian kemasukan perguruan tinggi. Universiti Tokyo dan Universiti Keio merupakan dua universiti terunggul di Jepun.[121] Mengikut carta kedudukan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa yang disusun oleh Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), tahap pengetahuan dan kemahiran remaja Jepun berusia 15 tahun berada di tangga keenam terbaik di dunia.[122]

Rujukan

WikiPedia: Jepun ftp://ftp.fao.org/docrep/fao/009/a0699e/a0699e.pdf http://www.usyd.edu.au/news/international/226.html... http://www.atimes.com/japan-econ/AJ16Dh01.html http://www.country-data.com/cgi-bin/query/r-7176.h... http://www.economist.com/business/displaystory.cfm... http://www.economist.com/displayStory.cfm?story_id... http://www.economist.com/specialreports/displaySto... http://www.exbuzzwords.com/static/keyword_3430.htm... http://www.forbes.com/lists/2006/18/06f2000_The-Fo... http://www.friesian.com/pearl.htm