Jericho
Jericho

Jericho

Jericho (Bahasa Arab: أريحا‎ Ārīḥā [ʔæˈriːħɑː]  ( dengar)); Bahasa Ibrani: יְרִיחוֹ‎ Yəriḥo [jeʁiˈħo] ( dengar) adalah sebuah bandar yang terletak di Tebing Barat, Palestin, berdekatan dengan Sungai Jordan.Dipercayai bahawa Jericho merupakan kota tertua kekal didiami di dunia,[2] Jericho memiliki populasi seramai 20,400 orang Palestin dan sebilangan kecil orang Yahudi.[3] Datuk bandar Jericho ialah Hassan Saleh, bekas pengacara.Desa pertama di tempat ini ditemukan oleh ahli arkeologi di Jericho yang berusia 200 tahun lebih tua daripada daerah yang lain. Terdapat tiga permukiman berbeza yang telah wujud berdekatan lokasi itu selama lebih dari 11,000 tahun. Lokasi itu berada sekitar perjalanan 16 kilometer (10 mi) ke utara dari Laut Mati.