Jerman_Barat
Jerman_Barat

Jerman_Barat

Jerman Barat (dalam Bahasa Jerman Westdeutschland) merupakan nama biasa untuk Republik Persekutuan Jerman (dalam Bahasa Jerman Bundesrepublik Deutschland), sejak penubuhannya pada 24 Mei 1949 hingga 2 Oktober 1990, sebelum lima buah negeri bekas Republik Demokratik Jerman (Jerman Timur) bergabung dengannya sejak 3 Oktober 1990. Selepas itu, Republik Persekutuan Jerman, yang kini dianggotai oleh kesemua 16 negeri, hanya dipanggil Jerman.Pada tahun 1957, Saarland menyertai Jerman Barat. Jerman Barat, yang merupakan sebahagian daripada negara Bangsa Jerman kekal sama selepas proses Penyatuan semula Jerman, selain daripada keluasan dan bilangan penduduk menambah kira-kira 25%. Selepas penggabungan ini, Jerman meneruskan dasar-dasar pembangunan awalnya, mengekalkan keahliannya dalam pertubuhan antarabangsa termasuk pakatan Barat seperti Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Perjajian Atlantik Utara (NATO). Semasa zaman Perang Dingin, selepas tiga buah negeri Jerman yang berlainan didirikan di Zon Pendudukan Perikatan, Republik Persekutuan yang merupakan satu-satunya negeri Jerman yang merdeka dan demokratik menuntut mandat eksklusif terhadap seluruh Jerman, serta menganggapnya sebagai Reich Jerman baru yang diaturkan semula secara demokratik. Hal ini bermaksud, Jerman Barat mahu memikul tanggungjawab bagi kesan-kesan peperangan, dan juga mengekalkan tradisi seperti kod lesen kereta antarabangsa D yang khusus untuk Jerman yang diperkenalkan pada tahun 1910.Asas kedudukan berpengaruh Jerman pada hari ini dibentuk sewaktu zaman Wirtschaftswunder atau Keajaiban Ekonomi sekitar 1950-an ketika Jerman Barat bangkit daripada kemusnahan teruk akibat Perang Dunia Kedua menjadi ekonomi keempat erbesar di dunia. Canselor pertamanya ialah Konrad Adenauer yang menerajui kerajaan sehingga 1963, bukan sahaja memilih kampung halamannya Bonn sebagai ibu negara sementara (sebab itulah zaman itu dikenali sebagai Bonner Republik - Republik Bonn.[1])bahkan mengukuhkan hubungan dengan Kuasa-kuasa Barat yang lain. Beliau bukan sahaja berjaya mendapatkan keahlian di dalam NATO, bahkan mengasaskan kerjasama yang kini berkembang menjadi EU. Menjelang penubuhan Kumpulan Enam (G6), keahlian Jerman di dalamnya tidak dapat dipertikaikan lagi.

Jerman_Barat

Zon masa UTC+1 (CET)
Pemerintahan Republik persekutuan
• 1990 63254000 [perlu rujukan]
• 1979–1984 Karl Carstens
Bahasa lazim Bahasa Jerman
• 1969–1974 Willy Brandt
• Penyatuan Semula Penyatuan Semula
Mata wang Mark Jerman (DEM)
• 1974–1979 Walter Scheel
• 1949–1963 Konrad Adenauer
• Musim panas (DST) UTC+2 (CEST)
Ibu kota Bonn
• 1949–1959 Theodor Heuss
• 1982–1998 Helmut Kohl
• 1959–1969 Heinrich Lübke
Canselor  
• DiasaskanDiasaskan 23 Mei 1949
Bandar terbesar Hamburg
Kod panggilan 49
Era sejarah Perang Dingin
• 1974–1982 Helmut Schmidt
• 1984–1994 Richard von Weizsäcker
• 1966–1969 Kurt Georg Kiesinger
• 1963–1966 Ludwig Erhard
Internet TLD .de