Jerut
Jerut

Jerut

Menjerut ialah kaedah yang digunakan oleh pelbagai spesies ular untuk membunuh mangsanya. Walaupun sesetengah spesies yang berbisa juga menjerut untuk menumpaskan mangsa, namun kebanyakan ular yang menjerut tidak berbisa.[1] Mula-mula, ular menyerang lalu mencekau mangsa, mengheret mangsa ke dalam lingkaran, atau mengheret dirinya ke arah mangsa (jika mangsa terlalu besar). Kemudian, ular melingkar sekali dua di keliling mangsa.Tidak seperti yang disangka ramai, ular tidak menghancurkan mangsa ataupun mematahkan tulangnya. Adalah dipercayai selama ini bahawa ular mencekau kuat-kuat untuk menghalang mangsa daripada menyedut udara ke dalam paru-parunya, supaya mangsa itu mati akibat asfiksia. Bagaimanapun, sesetengah jenis mangsa kelihatan mati lebih cepat daripada yang mungkin melalui asfiksia, jadi adalah turut diusulkan bahawa tekanan jerutan menyebabkan kenaikan tekanan dalam rongga badan mangsa yang melebihi kemampuan jantung untuk menentang, maka menyebabkan jantung terhenti serta-merta.[2] Hipotsesis baru ini belum disahkan, tetapi data menunjukkan bahawa ular boleh menghasilkan tekanan yang cukup untuk mengiyakan mekanisme ini.[3] Penyelidikan dalam perihal ini masih sedang dijalankan. Adalah didapati bahawa anakonda hijau (Eunectes murinus) mampu menjerut sekuat 6 kg/cm2, iaitu jumlah kekuatan 4000 kg.[4]Sesetengah kumpulan ular mempunyai corak jerutan yang unik, termasuk bilangan lingkaran dan arah lingkaran.[5]