Jessica_Jung
Jessica_Jung

Jessica_Jung

Jessica Jung (lahir 18 April 1989),[1][2] ialah seorang penyanyi dan pelakon wanita Korea Selatan kelahiran Amerika Syarikat yang dikenali sebagai bekas ahli kumpulan gadis Korea Selatan, Girls' Generation. Sebagai pelakon, Jung memegang watak Elle Woods dalam versi Korea dari teater muzikal Legally Blonde pada tahun 2010, dan menjayakan peranan di drama televisyen Wild Romance pada tahun 2012. Pada awal 2014, beliau menubuhkan jenama fesyen Blanc & Eclare. Kemudian pada tahun yang sama, beliau meninggalkan Girls' Generation berikutan konflik antara jadual kumpulan itu dan aktiviti perniagaannya. Selepas meninggalkan kumpulan itu secara rasmi, Jessica menamatkan kontraknya dengan SM Entertainment dan menyertai Coridel Entertainment pada tahun 2016, sebelum pelancaran album solo pertamanya yang bertajuk With Love, J. Pada tahun 2018, Jessica menandatangani kontrak dengan United Talent Agency.[3]