Kronologi Jesus_Christ

Rencana utama: Kronologi Yesus

Pemerian yang terperinci mengenai kelahiran Yesus terkandung dalam Injil Matius (mungkin ditulis antara tahun 65 dan 90 Masihi) [6] dan Injil Lukas (mungkin ditulis antara tahun 65 dan 100 Masihi). [7] Terdapat juga banyak perdebatan tentang perincian-perincian kelahiran Yesus di kalangan cendekiawan Kristian, dengan sebilangan cendekiawan mendakwa bahawa mereka tahu dengan tepat, baik tentang tahun mahupun tentang tarikh kelahiran dan/atau kematiannya.

Pemerian kelahiran Yesus dalam Injil Matius dan Lukas tidak menyebut tarikh atau tahunnya. Dalam agama Kristian Barat, perayaan diadakan secara tradisi pada musim liturgi Krismas, iaitu pada 25 Disember, suatu tarikh yang dapat dikesan sehingga seawal 330 Masihi di kalangan orang-orang Kristian Rom. Sebelum itu dan masih pada hari ini dalam agama Kristian Timur, tarikh lahir Yesus secara umumnya dirayakan pada 6 Januari sebagai sebahagian perayaan Theophany [8] juga dikenali sebagai perayaan Epiphany. Perayaan Theophany ini memperingati bukan sahaja kelahiran Yesus, tetapi juga pembaptisannya oleh Yohanes di Sungai Jordan dan mungkin juga peristiwa-peristiwa lain dalam kehidupan Yesus. Banyak cendekiawan memperhatikan bahawa pemerian kegiatan gembala-gembala dalam Injil Lukas menunjukkan tarikh musim bunga atau musim panas untuk kelahiran Yesus. [9] Mereka meneka bahawa tarikh perayaan telah dipindah sebagai suatu percubaan untuk menggantikan perayaan Saturnalia Rom (atau lebih khusus, hari jadi Sol Invictus, dewa pagan). [8]

Pada tahun ke-248 dalam era Diocletian (berdasarkan naik takhta Diocletian di Rom), Dionysius Exiguus mencuba menentukan bilangan tahun sejak kelahiran Yesus, dan mendapat angka 753 tahun selepas pengasasan Rom. Dionysius kemudian menetapkan tarikh kelahiran Yesus sebagai 25 Disember 1 ACN (untuk "Ante Christum Natum", atau "sebelum kelahiran"), dan menetapkan 1 Masihi (1 AD) untuk tahun yang berikutnya. Dengan itu, sistem penomboran tahun yang dikira dari tarikh kelahiran Yesus diasaskan: Anno Domini (yang diterjemahkan sebagai "dalam tahun Tuhan kami"). Sistem ini menyebabkan tahun Dionysius Exiguus itu menjadi tahun 532 dan hampir dua abad kemudian, sistem ini diterima dan menjadi kalendar utama dalam tamadun Barat, disebabkan perjuangan lanjutan oleh Bede.

Bagaimanapun, berdasarkan gerhana qamari yang dilaporkan oleh Yosefus, tidak lama sebelum kematian Herod Agung (yang memainkan peranan utama dalam pemerian Matius) serta juga pemahaman yang lebih tepat tentang pewarisan Maharaja-maharaja Rom, kelahiran Yesus harus merupakan tahun pada atau sebelum 4 SM. Menghadapi lagi kurang sumber-sumber dan juga kini lagi jauh daripada masa pengarang-pengarang Wasiat baru, penentuan tarikh kelahiran yang lebih boleh dipercayai adalah sangat susah.

Tarikh tepat kematian Yesus juga tidak jelas. Banyak cendekiawan menganggap bahawa Injil Yohanes menggambarkan waktu penyaliban sebagai baru sahaja sebelum perayaan Passover (juga dipanggil Kuartodesimanisme) pada hari Jumaat, 14 Nisan, manakala Injil-injil sinoptik (kecuali Mark 14:2) memerihalkan waktu Santapan Terakhir yang merupakan makan Passover pada hari Jumaat, 15 Nisan, sebagai baru sahaja sebelum penangkapan Yesus; bagaimanapun, sebilangan cendekiawan menganggap bahawa pemerian sinoptik adalah secucuk dengan pemerian dalam Injil Yohanes. [10] Selain itu, orang-orang Yahudi mengikut kalendar qamari-suria dengan fasa-fasa bulan sebagai tarikh dan dengan itu, merumitkan penghitungan sebarang tarikh yang tepat dalam kalendar suria. Menurut karya John P. Meier, "Seorang Yahudi Pinggir" ("A Marginal Jew"), memberikan pertimbangan kepada tempoh jawatan peguam cara Pontius Pilate dan tarikh-tarikh Passover pada tahun-tahun dalam tempoh itu, kematian Yesus kemungkinan besar boleh ditetapkan sebagai 7 April 30 Masihi atau 3 April 33 Masihi. [11]

Rujukan

WikiPedia: Jesus_Christ http://php.ug.cs.usyd.edu.au/~jnot4610/bibref.php?... http://php.ug.cs.usyd.edu.au/~jnot4610/bibref.php?... http://php.ug.cs.usyd.edu.au/~jnot4610/bibref.php?... http://php.ug.cs.usyd.edu.au/~jnot4610/bibref.php?... http://php.ug.cs.usyd.edu.au/~jnot4610/bibref.php?... http://php.ug.cs.usyd.edu.au/~jnot4610/bibref.php?... http://php.ug.cs.usyd.edu.au/~jnot4610/bibref.php?... http://php.ug.cs.usyd.edu.au/~jnot4610/bibref.php?... http://www.biblegateway.com/passage/?search=1Cor%2... http://www.biblegateway.com/passage/?search=Acts%2...