Jesus_Christ
Jesus_Christ

Jesus_Christ

Yesus Kristus (4 SM hingga 29 Masihi), [2][3] juga dikenali sebagai Yesus dari Nazaret, dan Yesus bin Yusuf, ialah tokoh utama agama Kristian. Beliau biasanya dirujuk sebagai "Jesus Christ" atau "Jesus Kristus", dengan ungkapan "Kristus" yang berasal daripada gelaran Yunani yang bermaksud "Yang Dilumuran Minyak" (Yunani: Χριστός Christos) yang sepadan dengan perkataan terbitan Ibrani, "Al-Masih" (bahasa Ibrani: מָשִׁיחַ‬‎, māšîaḥ). Dalam Bahasa Indonesia, beliau digelar sebagai "Yesus Kristus".Sumber-sumber maklumat yang utama mengenai kehidupan dan ajaran Jesus ialah empat buah Injil hukum gereja dalam Perjanjian Baru iaitu Matius, Markus, Lukas, dan Yohanes. Kebanyakan cendekiawan dalam bidang-bidang kajian alkitab dan sejarah bersetuju bahawa Yesus adalah guru Yahudi dari Galilea yang dianggap sebagai penyembuh, dibaptiskan oleh Yohanes Pembaptis (John the Baptist), dan mati disalib atas perintah Gabenor Rom, Pontius Pilate disebabkan tuduhan hasutan terhadap Empayar Rom. [4] Sebilangan kecil cendekiawan mempersoalkan kewujudan sejarah Yesus. [5]Pandangan-pandangan penganut agama Kristian terhadap Jesus, walaupun berlainan dan rumit, bertumpu kepada kepercayaan bahawa Yesus adalah Mesias atau Kristus yang dijanji dalam Perjanjian Lama, serta kepada Kebangkitannya selepas penyaliban. Kebanyakan orang Kristian mempercayai bahawa Yesus adalah Anak Tuhan yang dihantar untuk memberikan penyelamatan dan perdamaian dengan Tuhan melalui penebusan dosa-dosa kemanusiaan. Kebanyakan orang Kristian adalah penyokong Trinitarianisme dan mempercayai bahawa Jesus adalah jelmaan Tuhan, manakala mereka yang bukan penyokong Trinitarianisme memegang berbagai-bagai tafsiran yang lain mengenai ketuhanan Yesus. Bidang kajian mengenai persoalan-persoalan ini dikenali sebagai Kristologi. Kepercayaan-kepercayaan lain yang dikongsi oleh kebanyakan orang Kristian termasuk Kelahiran Dara, Naiknya Yesus ke langit, dan Kedatangan Kedua pada masa hadapan. Kebanyakan orang Kristian juga mempercayai bahawa Yesus melakukan mukjizat dan menunaikan ramalan Alkitab.

Rujukan

WikiPedia: Jesus_Christ http://php.ug.cs.usyd.edu.au/~jnot4610/bibref.php?... http://php.ug.cs.usyd.edu.au/~jnot4610/bibref.php?... http://php.ug.cs.usyd.edu.au/~jnot4610/bibref.php?... http://php.ug.cs.usyd.edu.au/~jnot4610/bibref.php?... http://php.ug.cs.usyd.edu.au/~jnot4610/bibref.php?... http://php.ug.cs.usyd.edu.au/~jnot4610/bibref.php?... http://php.ug.cs.usyd.edu.au/~jnot4610/bibref.php?... http://php.ug.cs.usyd.edu.au/~jnot4610/bibref.php?... http://www.biblegateway.com/passage/?search=1Cor%2... http://www.biblegateway.com/passage/?search=Acts%2...