Jiangxi
Jiangxi

Jiangxi

 Jiangxi (bantuan·maklumat) (Bahasa Cina: 江西; pinyin: Jiāngxī; Ejaan peta pos: Kiangsi) ialah sebuah wilayah selatan Republik Rakyar China yang terbentang dari tebing-tebing Sungai Yangtze di utara ke kawasan berbukit di selatan.Nama wilayah ini tidak membawa erti "di barat Yangtze" seperti yang dibayangkan daripada pembacaan harifahnya, sebaliknya dipetik daripada penyingkatan "Jiangnan Xi" (江南西; "Jiangnan Barar", atau secara lebih harfiahnya "di barat bahagian selatan Yangtze"). Nama ini dicipta apabila litar Jiangnan ("di selatan Yangtze") dibahagi kepada separuh barat dan timur ketika Dinasti Tang.Jiangxi bersempadan dengan Anhui di utara, Zhejiang di timur laut, Fujian di timur, Guangdong di selatan, Hunan di barat, dan Hubei di barat laut.