Kerjaya Jihan_Muse

Jihan mula berjinak dengan bidang seni di pentas teater di bawah Sanggar Teater Fauziah Nawi (Stefani), Pada tahun 2009, Jihan mencabar diri menyertai pertandingan realiti Raja Lawak. Mulanya kehadiran Jihan kurang diterima tapi hasil persembahan yang baik, dia akhirnya berjaya menyandang naib juara Raja Lawak musim ketiga.

Ketika itu, beliau masih bekerja sebagai juruteknik bangunan di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan hanya menerima tawaran berlakon pada hujung minggu. Selepas tamat kontrak dengan MBSA, Jihan mula menceburi bidang seni secara serius. Beliau berazam meletakkan pelawak wanita setanding dengan lelaki.

Kembara seninya agak perlahan pada mulanya tetapi mula memacu laju apabila menjadi peserta Maharaja Lawak pada 2011. Gelaran Ratu Parodi dek meniru gaya artis dalam segmen Parodi rancangan MeleTOP membuatkan dirinya tambah dikenali.