Jimmy_Carter
Jimmy_Carter

Jimmy_Carter

James Earl "Jimmy" Carter, Jr. (lahir 1 Oktober 1924) ialah Presiden Amerika Syarikat yang ke-39 (1977–1981) dan penerima Hadiah Keamanan Nobel pada tahun 2002. Sebelumnya, dia adalah Gabenor Georgia (1971–1975). Pada tahun 1976, Carter dicalonkan sebagai calon mengejut oleh Parti Demokrat untuk menggantikan Presiden Gerald Ford melalui Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat 1976.Kegagalannya, antara lain: masalah warga Amerika yang terkandas selama lebih kurang 450 hari di Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Teheran, Iran. Namun, beliau berjaya mengakhiri perselisihan antara Mesir dan Israel.