Jimmy_Shanley

Azmy@Jimmy Shanley Norjahan Saleh atau lebih dikenali sebagai Jimmy Shanley merupakan berdarah kacukan Melayu-Australia. Dilahirkan pada 13 Julai 1980 di Ipoh, Perak.Beliau mendapat pendidikan Chartered Institute of Transport United Kingdom (Business Administration), merupakan penyanyi, pengacara dan akauntan.Pernah menganggotai kumpulan Trez sebelum dipanggil untuk ujibakat pengacara, tiga hari sebelum menduduki peperiksaan. Diberi tanggungjawab mengendalikan rancangan Trek Selebiriti sehingga 53 episod, dan juga bertugas sebagai akauntan.