Jingga

Warna jingga [jing-ga], oren [o-rén] atau kuning bata merupakan spektrum cahaya yang terlihat antara merah dan kuning. Panjang gelombangnya disekitar 585–620 nanometer. Warna jingga ialah warna bernama yang tunggal dalam CSS yang tidak ditakrif oleh HTML 4.01.Warna jingga ialah warna yang sama dengan warna buah oren, dan dinamakan sempena buah ini. Berbeza dengan warna biru atau merah, warna ini dapat dipastikan dengan lebih tepat, kerana kita dapat tengok buah-buah oren. Sebelum buah oren diperkenalkan kepada dunia penutur bahasa Inggeris, warna ini digelarkan dalam bahasa Inggeris lama sebagai geoluhread, yang boleh ditransliterasikan sebagai "kuning-merah" dalam bahasa Inggeris moden. Dengan bahan-bahan pewarna yang semula jadi, seperti cat atau krayon, warna jingga ialah warna sekunder yang boleh dihasilkan daripada warna-warna dasar melalui pencampuran warna merah (lebih tepat, warna magenta) dengan warna kuning.