Jitra

Jitra merupakan bandar yang terletak di kawasan Parlimen Kubang Pasu, Kedah Darul Aman. Jitra berhampiran dengan sempadan Kedah - Thailand, kira-kira 35 km dari sempadan. Ramai daripada penduduknya boleh bertutur bahasa Siam, malahan ada yang berketurunan Siam, terutama yang tinggal berdekatan dengan sempadan. Bandar ini kini sedang pesat membangun dengan kemunculan banyak taman perumahan baru.Bandar Jitra hampir dengan Lebuh raya Utara Selatan ke Bukit Kayu Hitam dan ke selatan iaitu Kuala Lumpur. Dalam peta, kedudukan Jitra ialah 6.3° Utara dan 100.4° Timur.