Johan_Raja_Lawak

Mohd. Yazid Lim bin Mohamad Aziz (lebih dikenali sebagai Johan; lahir 13 Jun 1984) merupakan seorang pelawak, pelakon dan pengacara Malaysia. Beliau mempunyai darah kacukan Cina di sebelah ibu dan Melayu di sebelah bapanya. Bakatnya diwarisi daripada bapa saudaranya, pelawak lagenda Salih Yaacob. Beliau mengacarakan program realiti Raja Lawak sejak musim kedua setelah memenangi tempat ketiga pada musim pertama. Beliau merupakan peserta Maharaja Lawak bergandingan bersama Zizan yang membentuk gandingan Jozan dan dinobatkan sebagai naib juara. Disamping itu, beliau juga adalah seorang penyampai radio Era dan mengendalikan segmen pagi bersama Ray dan Hanif. Mereka bertiga dikenali sebagai JoHaRa pagi Era pada setiap isnin hingga jumaat (6-10 pagi). Johan juga adalah pemenang bagi kategori Artis Komedi Lelaki Paling Popular (ABPBH 2011) yang telah berlangsung pada April 2012.Johan ialah anak saudara kepada pelawak veteran, Salih Yaacob[1] dan sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ozlynn Waty (Rozlinawaty Ismail) sebelum bergelar selebriti lagi.[2]Johan juga merupakan seorang peminat tegar Arsenal. Beliau kerap kali dilihat memakai jersi Arsenal dan meminati pasukan tersebut sejak dari kecil lagi.

Rujukan

WikiPedia: Johan_Raja_Lawak http://beautifulnara.com/jepp-juara-super-spontan-... http://beautifulnara.com/tahniah-zizan-juara-super... http://buahmulut.com/xtvt/2012/09/21/senarai-penuh... http://buahmulut.com/xtvt/2013/11/10/senarai-pemen... http://www.budiey.com/senarai-top-10-pencalonan-an... http://www.facebook.com/johanrajalawakfc http://www.facebook.com/pages/Johan-Raja-Lawak/201... http://www.imdb.com/name/nm4204592/ http://mediahiburan.karangkraf.com/mesti-hibur/joh... http://twitter.com/JohERAJohERA