Johari_Abdul_Ghani
Johari_Abdul_Ghani

Johari_Abdul_Ghani

Datuk Seri Johari Abdul Ghani ialah seorang Akauntan Bertauliah dan beliau merupakan seorang Fellow Chartered Association of Certified Accountants[1], United Kingdom. Beliau menjadi seorang Ahli Parlimen setelah bertanding dan memenangi pilihan raya bagi kerusi parlimen Titiwangsa pada Pilihanraya Umum Malaysia yang telah berlansung pada bulan Mei 2013.[2] Pada 27 Julai 2015, Datuk Seri Johari telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan.[3] Hasil daripada suatu rombakan Jemaah Menteri pada 27 Jun 2016, beliau telah dilantik oleh YAB Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan II.[4] Sebelum pelantikan beliau ke Jemaah Menteri, Datuk Seri Johari amat aktif dalam bidang korporat bagi tempoh lebih 25 tahun. Johari memulakan kerjaya beliau di firma perakaunan antarabangsa, Peat Marwick & Co yang kini dikenali sebagai KPMG.[5] Beliau kemudiannya telah memegang beberapa jawatan tinggi seperti Pengarah Urusan Kumpulan dan juga Pengerusi di dalam beberapa syarikat yang disenaraikan dan juga tidak disenaraikan di dalam negara. Syarikat-syarikat tersebut merupakan syarikat-syarikat yang terlibat dalam beberapa industri termasuklah industri Makanan, Peruncitan & Makanan Segera, Pertanian, Pengeluaran, syarikat utiliti dan lain-lain lagi. Datuk Seri Johari ialah seorang ahli Majlis Ekonomi negara[6]. Majlis Ekonomi ialah suatu badan dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia yang bertanggungjawab bagi, antara lain, merumus strategi kearah mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi dengan menggalakkan pelaburan luar dan dalam negara dan juga mengawasi dan menganalisis trend dan perkembangan ekonomi global dan domestik dan merangka tindakan-tindakan spesifik untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi. Datuk Seri Johari telah dilantik sebagai salah seorang pengarah bagi Khazanah Nasional Berhad[7] iaitu suatu dana pelaburan strategik Kerajaan Malaysia. Beliau juga ialah pengerusi bagi Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)[8] iaitu suatu agensi kerajaan bertanggungjawab bagi pembangunan Pulau Langkawi sebagai suatu pusat perlancongan antarabangsa. Datuk Seri Johari pernah sebelum ini menjadi pengerusi UDA Holdings Berhad, sebuah syarikat berkaitan kerajaan yang terlibat dalam pembangunan bandar.  Datuk Seri Johari ialah ahli Badan Pemegang Pemegang Amanah bagi Yayasan Pelaburan Bumiputera,[9] syarikat induk bagi Permodalan Nasional Berhad, sebuah syarikat yang menguruskan dana unit amanah yang bernilai lebih daripada RM250 bilion di Malaysia. Johari juga aktif dalam Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB)[10] yang mana beliau juga merupakan salah seorang Pemegang Amanah. YPPB ialah suatu unit strategik di bawah Jabatan Perdana Menteri yang ditubuhkan bagi memperkasakan keupayaan dan kemahiran kaum bumiputera dalam bidang ekonomi dan pendidikan.  Datuk Seri Johari ialah pengasas[11] dan pengerusi bagi Yayasan Bena Nusa yang ditubuhkan bagi tujuan membantu mengurangkan kadar kemiskinan di dalam bandar dan memperbaiki tahap pendidikan bagi anak-anak golongan miskin bandar.

Johari_Abdul_Ghani

Lahir Johari bin Abdul Ghani
(1964-03-06) 6 Mac 1964 (umur 55)
Kampung Pandan, Kuala Lumpur
Pekerjaan Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa
Alma mater Fellow Chartered Certified Accountant, London, England
Pasangan Zurwati Haslinda Zainal Bahry,
Nor Fairos Mohd Nasib
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
Kediaman Desa Pandan, Kuala Lumpur

Rujukan

WikiPedia: Johari_Abdul_Ghani http://www.accaglobal.com/my/en/member/find-an-acc... http://www.astroawani.com/.../datuk-seri-johari-ab... http://www.theedgemarkets.com/en/article/ci-holdin... http://www.khazanah.com.my/About-Khazanah/Board-of... http://www.nst.com.my/news/2016/06/155004/cabinet-... http://www.yayasanpeneraju.com.my/index.php?data-y... http://www.sabkl.edu.my http://www.skthokl.edu.my http://www.uitm.edu.my/index.php/en/ http://www.parlimen.gov.my/profile-ahli.html?uweb=...