Sejarah Johor_Darul_Ta'zim_II_FC

Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) merupakan persatuan bola sepak yang mewakili negeri Johor dalam kancah Liga Malaysia. Pada musim 2010, pasukan ini bermain berjaya mendapat tempat dalam Liga Super Malaysia bersama jurulatih iaitu Nasir Yusof. Namun tugas bekas pemain kebangsaan ini telah digantikan dengan Edres Selamat yang juga bekas pemain Johor.

Johor yang terkenal dengan nama gelaran Jengking telah memenangi dua Piala Malaysia pada 1985 dan 1991 serta berjaya memenangi liga tahap satu Malaysia iaitu Liga Malaysia 1991. Bagi piala FA, Johor berjaya mejulang Piala FA pada 1998.

Pada musim 2006/07, Johor menggabungkan nama pasukan dengan nama penaja dan membentuk nama Johor PBT Pasir Gudang (atau Johor Pasir Gudang). Namun pada tahun 2009, pasukan ini telah menukar semula kepada Johor. Bermula musim 2014, pasukan ini dikenali sebagai Johor Darul Takzim II FC serta kini bermain dalam Liga Premier Malaysia 2016. Johor DT II berjaya layak ke Piala Malaysia 2014 dan 2015, namun tersingkir awal.

Perubahan Nama

  • 1955–2006  : Persatuan Bolasepak Negeri Johor (Johor FA)
  • 2007  : Johor Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang (Johor PBT Pasir Gudang)
  • 2008–2013  : Johor Football Association (Johor FA)
  • 2014–kini  : Johor Darul Takzim II FC (Johor Darul Takzim II)